Renong-renongkan lah...

       Islam adalah satu agama yang sangat menitik beratkan tatacara dan peradaban di dalam segenap aspek kehidupan harian. Nak makan ada adabnya, nak tidor ada adabnya, nak sembahyang ada tertib dan adabnya malah nak keluar masuk bilik air pun ada adabnya.
    
       Sepatutnya dengan nilai-nilai agama dan nilai-nilai ketimuran yang sanat cantik ini, kita sepatutnya menjadi bangsa contoh tetapi mana perginya nilai adab dan sopan orang-orang kita? Orang kita sombong dan penting diri sendiri. Lihat saja di jalanraya..? Bawak kenderaan macam dia sorang je yang ada di atas jalanraya pada waktu itu. Aku nak bagi signal ka tak nak bagi signal ka..itu aku punya pasal la..tak ada lansung persaan nak mengalah atau beri laluan pada orang lain. Selfish!! Tanda YIELD lansung tak releven pada pemandu-pemandu kita. Agaknya dia faham tak apa maksud YIELD tu? Kalau tak faham pon, kalau dari segi logik dan peradaban, kalau kita dari jalan kecik nak masuk jalan utama mestilah bagi laluan pada kenderaan di jalan utama. Ini tidak, kalau dapat ciluk dia ciluk, sampai kenderaan di jalan utama pulak yang kena mengelak! Hish!! Tak ada lansung istilah 'mengalah' pada orang-orang macam ni.

      Kalau kita tengok pulak semasa nak masuk ke dalam pejabat atau pun bank..jarang ada yang tolong pegangkan pintu itu supaya orang dibelakang dapat masuk dengan mudah. Jauh sekali kalau nak cepat-cepat tolong bukakan pintu dan bagi kaum wanita atau orang lain masuk dahulu. Kadang-kadang tu (pernah terjadi pada diri saya sendiri) bila saya tolak pintu untuk keluar ada makhluk mencelah masuk dari depan!! Lelaki pulak tuh !! Punya malas nak tarik handle pintu, pas tu buat muka tak bersalah..SIUTT!! Apalah salahnya..tunggu kita keluar dulu atau pun better still, tunggu orang dari dalam keluar dulu, pas tu tolong la pegangkan pintu tu dan bila orang dah keluar, ko masuklah. Dekat lif pun macam tu lah..tunggu la orang keluar dulu baru ko nak masuk..eeeee!!

         Dekat mesin ATM lagi satu masalah..ader jer tong sampah kat situ..tapi slip transaksi bersepah-sepah bertaburan di atas lantai!! Kalau semua orang ambil resit tu dan simpan dalam poket (kalau malas nak bubuh dalam tong samapah)..tak perlu ada tong sampah pun kat situ.. BO...H!!

        Orang yang jaga kaunter pertanyaan atau cashier di pasaraya kena la ada adab sopan pertuturan, sentiasa senyum. Cakap la perkara yang menyenangkan hati pelanggan. Contohnya kalau mat salleh tu mesti dia cakap "Yes, how can I help you sir?" "thank you maam and have a nice day!" atau pun bila tiba musim perayaan, bukan dekat kaunter jer, bila berselisih pun mereka akan senyum dan wish "Merry Christmas!!" Ini tidak bila kita kata selamat hari raya kat dia..dia buat derk jer!! BE...G!

       Banyak lag perkara-perkara yang sangat menyakitkan hati..malas nak cakap..nanti naik darah pulak. Benda-benda ni semuanya simple jer tapi kita tak boleh buat..bukanya susah nak senyum, nak buang sampah di tempat yang sepatutnya, nak tolong bukakan pintu untuk orang...tapi sikap sesetengah manusia yang bebal..bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut!! Hai bila la kaum kita ni nak bertamaddun..ahli politik yang berkedudukan tinggi pun bergaduh macam orang tak bersekolah..macam orang tak berpelajaran!! Tak malu!! Tak segan dengan budak-budak ka?? Macam tu ka nak jadi pemimpin???? Orang macam ni ka kita nak jadikan role model??? OF COURSE NOT!!


Spunky Sally

1 comments:

sally said...

Sis...that's why mama cried on our wedding day..kan?

Post a Comment

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates