Sabaaar..

Kalau tak sure tentang kesahihan sesuatu maklumat itu...jgn komen..jgn retweet dan jgn share. Kalau lah benda tu x betul macam mana? Kita kena bijak menyaring dan menganalisa maklumat nak nak yg dalam FB ni...sesiapa sj boleh buat maklumat dan boleh di upload guna nama sesiapa pon..kalau perkara tu tak betul macam mana? Nanti sudah tentu kita kena tanggung dosa fitnah..dosa orang-orang yg mengutuk, mencemuh dan mencaci dalam post yg kita retweet or share td tu.. Share lah material yang boleh meningkatkan ilmu dunia dan akhirat, ilmu yg boleh meningkatkan kecerdasan minda dan emosi supaya kita boleh jadi umat yang syukur, sabar, soleh, sayang, segak, syumul. Jaga perkataan kerana bahasa menunjukan bangsa atau bahasa juga menunjukkan 'jenis' manusia apa kita ni dan bahasa juga melambangkan tahap IQ dan EQ kita. Jadi, fikir sebelum bercakap..kadang2 tu lebih baik x payah bercakap.. Siapalah kita nk mempersoalkn aqidah orang..Maaf sekiranya ada yg tersinggung..sy cuma sekadar bercakap bukan dibawah naungan mana-mana warna bendera..Renong-renongkan ya..semoga kita semua beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates