Tipah Tertipu ke Tipah Penipu..??

Episod Satu

"Assalamualaikum..!!" bunyi suara lelaki memberi salam dari luar pagar.
"Sapa pulak"..berkata Lily dalam hati sambil mengecikan api dapur. Lily yang sedang memasak lauk kegemaran suaminya..sambal tumis udang petai..bergegas ke pintu depan.
"Walaikumsalam..!"jawab Lily sambil menguakkan daun pintu rumahnya lalu dilihatnya seorang lelaki berumur lewat 30an, berpakaian kemas dan bersongkok.
"Sapa eh? Tak besa tengok pun orang ni" bisik Lily dalam hati.
"Ya..cari siapa?"..sapa Lily.
"Puan Lily?" kata lelaki yang bersongkok yang berdiri di luar pagar.
"Ya saya.." jawab Lily sambil melangkah menuju ke pagar. Beberapa soalan berlegar-legar dalam kepalanya..siapa dan apa tujuan orang yang datang kerumahnya ketika itu.
"Saya dari Balai Islam..datang untuk menyerahkan surat Saman Cerai Mahkamah Syariah.Suami puan telah membuka fail penceraian terhadap puan dan puan dikehendaki hadir di Balai Islam pada 15 Oktober ni"jelas lelaki tersebut dengan nada yang sangat serba salah.

Lily benar-benar terkejut..jantungnya di rasakan terhenti,dunia menjadi gelap.Lutut tiba-tiba terasa lemah..rasa macam nak pengsan..lalu dia berpegang pada pagar rumahnya menahan rasa sedih yang tidak terbendung.Benarkah apa yang baru didengarinya atau pon ini satu mimpi ngeri?

"Saya harap puan faham, sekiranya ada apa-apa persoalan, sila telefon number yang tertera di dalam surat itu ya puan. Saya minta diri dulu..assalamualaikum" ujar lelaki tersebut.

"Walaikumsalam" jawab Lily yang masih berpegang pada pagar rumahnya.
Perlahan-lahan digagahnya berjalan menuju kedalam rumahnya walau pun seluruh tubuhnya menggigil,sambil airmata bercucuran turun tak dapat ditahan-tahan lagi.Dadanya seakan ditusuk sembilu..sakit macam nak pecah dada!! Tak tahu apa yang harus dilakukanya..macam anak ayam yang kehilangan ibunya.

"Nape Ma?" tanya Aqil yang terpinga-pinga kebingungan melihat mamanya menangis teresak-esak.

Lily segera mengesat airmatanya..belum bersedia mengatakan apa yang sebenarnya berlaku kepada anak-anaknya.

"Aqil tolong ambilkan handphone mama kat atas..cepat!"

Lily cuba menalipon Iz (Faiz) , suaminya, tapi talian telefon Iz sengaja ditutup.
Seluruh badan terasa berdenyut...apa yang harus dibuatnya sekarang?

"Call akak?" fikir Lily..satu-satunya tempat mengadu nasib...tapi akak jauh!!
Lily tekad..terus menelefon kakanya.
Lily terus menguncikan diri dalam bilik..tak mahu anak-anaknya dengar perbualanya dengan kakanya.

"Assalamualaikum. Sis..what's up?" kata akak seperti biasa ceria menerima panggilan adiknya.

"Akak!!" Lily terus menangis tak dapat bercakap.
"Hei..nape ni?" jwb akak suspen.
"Lily..!"
"Lily..! hei nape ni? Talk to me" kata akak makin suspen.
"Faiz has filed a divorce against me!!" ujar Lily dalam keteresakan .

Akak terdiam tak terkata kerana setahunya Faiz dan Lily adalah pasangan yang sangat 'loving'.Mereka berkahwin atas dasar cinta dan kasih sayang yang sangat mendalam. Pasangan yang sangat bahagia..suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab, isteri yang baik dan cekap menguruskan makan-pakai suaminya serta anak-anaknya. Hasil kasih sayang diantara mereka, Allah telah mengurniakan sepasang cahaya mata yang baik dan pintar. Tak mungkin tetiba Iz nak ceraikan Lily? Bagi orang yang kenal siapa Iz..pasti mereka setuju jika dikatakan Iz will be the last male on earth yang akan buat sesuatu macam ni.

Dalam kecelaruan itu..akak cuba memikirkan apakah kemungkinan sebabnya semua musibah ini berlaku.

"Is there someonelse?"..tanya akak meminta penjelasan dari Lily...tapi dalam hatinya berharap..'please God..I hope not'

"Not sure la kak..may be.." jawab Lily yang makin tak keruan.
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates