Showing posts with label A Note. Show all posts
Showing posts with label A Note. Show all posts

Blog Revisited...

It's been quite a while since I last wrote or I should say that it's been almost a year since I last wrote .. been quite busy with family matters, work and social engagements.

Many things happened, observed and experienced. Most of which taught me a lot about life, adding wisdom which I really treasure.

POLITICS : A lot has transpired lately and made me realize that having high education does not make a man act as civilized 'man'. Education alone does not instill good emotional and spiritual values in a person. These three elements put together, will mold a person to be a good and well-rounded person. In other words, a person who not only willingly help other people, feel for other people's hardships but will also avoid bribery and will say NO to all MAJOR miss conducts.

SOCIAL : Technology advancement happens almost everyday!! People have shifted from desktops to laptops, the to iphones, ipad, androids and what not. Life gets simpler and simpler..the pace becomes faster and faster. News and information is at your fingertips. People move from writing blogs to updating posts on Facebook to Twitter. Now friends all over the world are connected 24 hrs!!! I gotta to catch up..at par with my children..so I bought a Galaxy Tab!!

WORK : Heading the department and making sure all academic targets are met is one thing! Being put in charged of 3 major projects this year, is another thing!! God help me..

Well..I guess this is already more than enough to say on my first day revisiting my own blog..

Batu Belah Batu Bertangkup


 Apa pendapat anda tentang tindakan emaknya si Melur dan si Pekan? Merajuk sebab tak dapat makan telur ikan tembakul lalu lari bawak diri ke Batu Belah Batu Bertangkup.mesti ada yang mengatakan .."ee..tu orang tua mengada-ngada namanya", "sikit punya hal pun nak dibesar-besarkan", "dengan anak sendiri pun nak amik ati", "dengan budak kecik pun nak berkira" dan macam-macam lagi lah persepsi negatif yang keluar dari kotak pemikiran kita.

Pernah tak anda lalui situasi seumpamanya? Dimana kita memang dah berangan gila-gila nak makan sesuatu tapi tak dapat. Sedih giler kowt!! To me, bab-bab makanan dan makan ni, sangat sensitif. Contohnya, kalau ada orang ajak kita makan, kita pun tunggu dan dah siap simpan perut untuk makan, tunggu punya tunggu, sekali rupanya dia lupa dah jamji nak makan dgn kita, dia gi makan dgn group lain pulak! Rasa nak menitik air mata dibuatnya!

Another example, kita bagi suggestion nak makan sesuatu tapi tak di indahkan pun. Buat tukar topik la, bila kita minta tolong orang belikan, dia seolah-olah aaaa..macam ada hesitation disitu..PERGH!! Lagi sedih!!

Ada plak kengkadang, orang ni dah tahu kita lapar, sebab kita dari tadi asyik dok bercerita pasal perut kita yang keroncong ni. Boleh dia call kwn sorang lagi yg sedang mkn kat kantin tu dan order food untuk dia sorang jer. Kot la nak offer "Tadi akak kata  akak lapar kan, akan nak mkn apa? Saya minta si..belikan, nak tak?" Ni tak, tak perihatin betul!!
AAARGHH!!

I don't know about you, but to me, when it comes to food, someone being hungry, ianya akan terus menyentuh sanubari. Don't know why..but i'm very sensitive to it. I would say that emaknya si Pekan, dah susah payah pergi menangguk ikan, cari makan utk anak2, all she asked for was telur ikan tembakul tu jer. Itu pun anak dia tak boleh nak fulfillkan.Sedih...

So, tolak tepi soal agama dan rasional yang waras, ada orang yang dah pergi Batu Belah Batu Bertangkup dah semalam!! hhhhmmmmm..ntah laa.. :(


Spunky Sally

5 S

IKM KL is working hard for its 5 S certification from MPC (Malaysian Productivity Corporation).

Well, some might not know what is 5 S..so let me share a little bit of info about 5 S here..

'5S' is the name of a workplace organization methodology that uses a list of five Japanese words which are Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu and Shitsuke. The list describes how items are stored and how the new order is maintained. The decision making process usually comes from a dialogue about standardization which builds a clear understanding among employees of how work should be done. It also instills ownership of the process in each employee.

Phase 1 (Seiri/ Sort/ Sisih)
To sort and systematically discard items which are not needed at the workplace.
Emmm..that's easy..:) I can think of loads of things at home that can or rather should be discarded..ha ha..

Phase 2 (Seiton/ Set in order/ Susun) : 
To arrange necessary items in a neat and systematic manner so that they can easily be retrieved and returned to the designated places (place for everything and everything at its plac                                                           Everything is labeled, tagged, color-coded or numbered. Easy to find, easy to notice when something is missing, easy to spot when something is out of place.

Phase 3 (Seiso/ Shine/Susun) :
To clean and inspect workplace regularly and thoroughly so that there is no dirt on the floor, machines and equipments. Clean and healthy life style !!

Phase 4 : (Seiketsu / Standardise/ Seragam) :
To maintain a high standard of workplace organization by keeping everything clean and orderly at all times.

Phase 5 : (Shitsuke/ Sustain/ Sentiasa Amal) :
To train people to comply with the quality environment system continuously so that it becomes habitual and ingrained in the culture of  organization.

That's basically what 5 S is all about. It is actually about simple everyday practices which should have been inculcated into children in their early age, so that they will turn out to be very systematic and more organized people. Good practices like these should begin in homes first. Later enhanced in schools. Then, be sustained in workplace.

It's all about clean, safe and condusive environment, efficient and effective as well as time and cost savings.

Ragut...

    Kalau masa zaman Mama sekolah dulu...perkataan RAGUT ni selalunya digunakan untuk 'lembu ragut rumput', 'kambing ragut pucuk jambu', 'padang ragut'.... Tapi sekarang RAGUT dah sinonim dengan manusia...mungkin manusia yang otaknya sama mcm haiwan yg bernama lembu atau kambing.

 
     
Aik..!!?? Bila plak Alang Jay pi bergambar kat padang ragut nih?? Macam tahu2 jer Mama nak cerita pasal padang ragut....

   
    Lately ni, kejadian ragut dah menjadi-jadi sehingga ada yang menyebabkan kematian! Siut betul demer ney!! Nak duit cara mudah dan cepat..samun orang, ragut beg tangan orang! Ragut nyawa dia baru tau!!



    Minggu lepas, ari Selasa, kawan Mama was driving home from school, stopped kat traffic light in Pandan Jaya, tetiba datang satu kereta Kancil berenti tepi kereta dia. Keluar la si mamat Melayu ni, dgn menggunakan bata, dia pecahkan cermin kereta kawan Mama tu (sebelah penumpang hadapan...where she put her handbag). Grabbed the handbag and fled off. Sakit ati dengar kan???


   Dua hari lepas plak, dengar cerita kawan Mama (jiran sebelah rumah masa kat Kuchig), skang tinggal di MINDEF, pun kena samun dgn cara yang sama. Tried to call her to get the exact story but couldn't reach her until today.

    So, to all the ladies out there, please be extra careful and be more alert of your surrounding especially when you are traveling alone. For those muslim ladies, before stepping out of the house make sure u recite ayat Kursi at least once..insyaAllah, we will be protected by Allah all the time....


Spunky Sally

...and they live happily ever after

Semasa lunch hour...

 Hari ni I've decided not to go anywhere..so, just hang around the office. Switched off the lights and one of the air-conds (ini mmg langkah penjimatan pejabat). Since Facebook dah kena block..I checked my e-mails, read online news,  tgk MARA nyer web..kot2 ada apa2 yg new and interesting. 

Rasanya hidup sangat boring tanpa Facebook..feels like you've been cut off from the world that is moving around you. Jadi serba tak kena rasanya. Kejam betul depa yang sekat Facebook ney!!! FB bukanya ganggu pon..infact it is one easy way to stay connected to family, members, friends sand colleagues all the time ... while working!! The wonderful thing about FB is...it's free!!!! Well ada jer smart ass yg tak boleh tengok orang senang..

However..as a normal human being, yang mana orang tak bagi tu, yang tu la lagi rasa nak buat kan..? Yesterday tried FB through BTunnel.com..dapat, tapi slow gilller! So, ari ni, one of my English teachers, Salman, suggested that I buy this device to be plugged in to my PC and this device should be able to connect with his broadband (in the teachers' room, upstairs). He will then upgrade his broadband and those sharing will share paying the monthly charges of his broadband. Sounds really good..so let's give it a try!! Nak block sangat.....pppiiiiirrrrrah!!! Hengat haku tak ghetti buat cara len ka??? Lu pikir la sendri!!!

Anyway, Salman has not yet return from Low Yat...hope the plan works and all of us here can enjoy FB again and live happily ever after!!!!

Lambat sangat si Salman ni pon...tidoq lagi baguihh!

 
Gambar Hiasan yer...


Spunky Sally

Santai...

Starting midnight last last nite, the Hindus gatthered along the path where Dewa Murugan is expected to pass by on its way to Batu Caves. Jalan Ipoh is definitely affected by this float. I decided to take leave and stay home rather than getting stuck in a mass of pre-Thaipissam celebration. The Indian God is scheduled to arrive at our stretch of Jalan Ipoh around 6.30 to 9.00.

Staying home will give me a chance of spending the time with the kids, watch TV and bla bla bla...
Goreng cucok ikan bilis for breakfast..1kg tepung!! Selosai!!

Emmm..tak leh nak gi pasar...so masak nasi goreng ajer laaaa.

Awan dah mendung nak ujan..anta Danish gi sekolah. Wah ari ni siap pakai baju Melayu tuuuu...Mama tido kul 2 pagi alter seluar baju Melayu Danish. Punya tak dan dan nak pakai...

 

Dia kata best pakai baju melayu pi sekolah sebab rasa macam pahlawan!!! Ape-ape jer la Danish...asalkan ko nak pegi sekolah.
Lepas makan nasi goreng cincai (rencah ketam fingers and eggs) sambil tgk Pelican Brief..tak sedar satu pinggan gedebak nasi goreng ku belasah! Haish!! Tak pa! Malam ni pi pocho2 shake it all off!!!

HUJAN!!! Aiyo lebatnya..sgt lebat! Wonder mcm mana la agaknya orang-orang kat batu Caves tu sekarang ni...

Eeee sejuknya ujan..best ni kalau tarik comforter...Sian Danish...kena gi sekolah ujan-ujan cam ni.
Sat nak pi zzzzzzzzzz...


Spunky Sally

Dalam Telur Ada...










Astaghafirullahalaziiim...
Terkejut betul bila mendengarkan cerita kawan ku.. cerita mengenai kerja jahat manusia kepada manusia lain, yang menggunakan bantuan syaitan...SIHIR!! Proses berubat menggunakan telur..pesakit disuruh menggenggam sebiji telur fresh, sementara ayat2 quran dibaca.. Kemudian, telur di pecahkan kedalam sebuah mangkuk jernih. Pada mula nya tiada apa2 yg ganjil kelihatan tapi secara perlahan-lahan sebentuk jarum berwarna keemasan, muncung jarum berwarna hitam kesan dibakar, panjang 1 inci muncul ditengah2 kuning telur itu. Tujuan jahat, niat merosakkan yg akhirnya menyebabkan maut!I sh ish ish...tak guna sembahyang tak tinggal tapi berhati busuk hingga sanggup buat apa saja...

SIHIR

· MAKSUD
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu
  dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

· CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan 
  penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
- ada perasaan benci terhadap seseorang


· CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut


· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
- merosakkan akidah dan membatalkan iman
- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan


· HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
- supaya akidah seseorang tetap terpelihara
- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar



· CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
- membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah SIHIR

Wallahualam...




Spunky Sally


Khasiat Buah Belimbing Besi

 


Carambola or starfruit or Belimbing Besi is the fruit of Averrhoa carambola, a species of  tree native to Malaysia, Indonesia,India and Sri Lanka. The tree and its fruit are popular throughout South East Asia, the South Pacific and other parts of East Asia.

Carambola is rich in antioxidants and vitamin C, and low in sugar, sodium and acid.Carambola is a fairly complex fruit with many benefits like strawberries, but a small percent of the human population should be cautious of the fruit for health reasons.

Like the grapefruit, carambola contains oxalic acid which can be harmful to individuals suffering from kidney failure or under kidney dialysis treatment. Consumption by those with kidney failure can produce hiccups, vomiting, nausea, and mental confusion.

Oooo dasyat tuh...becareful ya you people out there..

Today a friend of mine told me that this fruit has another benefit that most of us didn't know about...It can be used as a repellent to measles or even chicken pox. How? She said, just put a few starfruits leaves in a basin or a pail or a bath water container then bathe using the water. It provides a cooling sensation. Nobody knows how it really works as a repellent to chicken pox, but we can always give it a try... wallahu a'lam..

Yang pastinya...kalau blend, campur ice cubes dan minum....mmm heaven!!




Spunky Sally

Kisah Saya Punya Pet






Ahmad Izzul Danish really enjoys reading. Mama bought him a whole set of books by Grolier Co. Very interesting books. so he will pick up any books and every nite while in bed, after saying his bedtime prayers, he'll choose a book from the rack and read himself to sleep. I guess from there interest to write builds up. He is also very observant and is always alert...noticing every single details of his surroundings. And..this the one of the product of his observaion..Please note that 'magerep' is actually 'maghrib', 'air kon', 'rimot' which is actually 'remote'...may be bole buka blog utk dia write whatever comes to his mind...
Danish..Danish...

Ini maksud sebenarnya..

Pada suatu hari, ada kucing saya bermain di luar rumah. Lepas maghrib, dia pun balik masuk rumah. Lepas itu, dia suruh kakak saya pasang aircond. Kakak saya pon mengambil remote aircond itu. Lepas itu dia tidur sampai 10 am. Dia bangun, dia tenung kiri dan kanan, dia pon berjalan. Sekejap lagi dia terasa lapar, dia menjerit meaw..! Habis.


Spunky Sally

First Family Trip in 2010

    Selepas subuh bersantai sambil tengok News on tv dalam bilik. Bermaalasan..planning dalam kul 8.30 kang, asa usual gi breakfast and pergi pasar berdua. Tetiba Papa kata "Nak gi Alor Setar tak?". Ish Papa ni biar betul semalam anak2 ajak..kata tak nak, dok umah lagi best. Tetiba lak nak gi. Mama pun apalagi memang mood nak gi jalan2 dok bersemarak dari semalam lagi..terus la jawab nak!! Papa pun terus call this Chalet (got the number from a fren) and made reservations..siap nak amik 2 chalet lagi, but I said one enough la kot coz there are 2 rooms. Chalet terapong katanya! Kat area Sembeling, Sg. Petani. Terapong pun terapong laaa..janji berjalan. Shima agak cuak disitu apabila mendengar perkataan 'terapong'..creepy dia kata. So, again, asa usual Papa akan teriak "20 minit..tayar bergolek!!!". Maknanya, kami kena la bersiap dalam masa 20 minit! Apa lagi semua melompat bangun and as usual...managed to get ready on time! Amazing kan?

   Our cats, especially Ahmad Russel sensed that they will be left behind. Russel..muka dah lain mcm dah...asyik mengekor Shasha and Shima...mungkin nak kata "Nak ikut ble?" Sian Ahmad Russel kena tinggai!! Gedebak gedebuk, masukkan barang dalam kereta, dgn comforter, dgn bantal busuk masing2..kreta papa dah penuh macam kapal haji. Papa plaks siap bwk 3 rod pancing..nk memancing kat chalet terapong la katakan...So bertolak dari rumah araound 9.50.

   Perjalanan lancar, tak byk kereta atas highway. Papa bwk relex2 110km/hr (biasa la Mat Skima)...Papa will never drive exceeding the speed limit. Kami stop kat R&R Tapah. Orang punya la ramai!!! Papa, mama dan Danish grabbed a table and makan mee kari, Papa pny mknana wajib kalau berhenti kat Tapah.. Shima, Shida, Shasha and Alin..pi makan KFC. Semua dah kenyang..after 20 minits, kami sambung journey. Semua excited and tak sabar nak santai kat Chalet terapong tuh...

    Perjalanan lancar, semua tak tido kecuali Danish..eh ke ade yg lain yg tido...mm ntah la tak perasan. Sepanjang jalan dok bersembang, tak perasan sapa yg tak join kecuali Danish. Anyways...sampai SP around 4 pm..tunggu Dasri jap kat GIANT, Jln Sg Pasir. Dasri datang terus tuju ke chalet terapong tu..Jerai View nama tempat tu...tgk jer tempat tuuu, tersentot sket coz tmpt tu mask agak ke pendalaman, no shops nearby and the worst thing is once you are transported to the chalet, air surut, you kena tunggu sehingga air pasang semula keesokkan harinya untuk naik bot semula utk balik ke tanah besar. Oh TIDAK!!!! Everybody except Papa and Danish said NO to chalet terapong. So Papa reluctantly..ikut ckp kitorang. Cari tempat lain. Bye!!

   So kitorang pon sambung perjalanan ke Sg. Petani...the best part is..Papa bwk kami masuk Kem Lapangan Terbang..tgk umah lama..nostalgia nyer! tapi sedih tengok condition umah tu yg mcm tak berjaga. Keluar dari Kem ikut pintu belakang, terus stop kat Swiss Inn, i like it here coz the pool is awesome. So, checked in 2 rooms. Danish terus insisted to jump into the pool right away...so kasi chan laaa. Kakak2 pon teruja tgk pool tapi tak bwk attire, so kena gi beli swimming attire la plaks..nasib baik Tesco dekat ja. Petang tu dihabiskan dgn bermalasan di tepi pool sambil makan french fries and watermelon juice sambil tgk anak2 mandi kolam.

  Lepas maghrib, kami keluar makan di jam besar bersama Dasri sekeluarga. Makan nasi dg sup gear box, ada yg makan mee hoon sup, ada yg makan yong taufu, ada yang makan nasi goreng ikan masin...yg pastinya..memang SEDAAAAP!! Pas tu kami belarak plak ke rumah Papa nyer ex-driver, Abang Mi. Rindu nyer dgn famili tuu..lama tak jumper. As usual, Kak Zan, the wife memang akan jamu laksa..best giler!! Makan lagi! Mak ai..kenyang..mcm anaconda dah kami smua!! After chatting 4 quite a while, agak2 dah reda sket rindu, kami pun minta diri to retire 4 the day..PENAT gilos! Esok pagi2 dah nak bertolak ke Alor setar plaks..makan kenduri plak. Makan lagiiii! Selalunya lauk kenduri belah2 utara ni, memang best. So, alor Setar here we come!

    Lepas subuh Papa, Mama, Danish and Shasha siap2 dan turun breakfast. yang lain2 tu..biasa la, pese tak makan pagi. Eh, ke pesen tak bgn pagi..either or applies lah. Breakfast kat hotel, then the 4 of us keluar round2 kat SP. Mula2 gi cari kwn papa dekat pasar Sg Lalang. Terharunya dia, tak sangka Papa cari dia after all this years. Pas tu gi cari umah cikgu Fatimah (cikgu Shasha masa darjah 6)..tapi dia tak ada di rumah.la plak. Tak ada rezeki nak jumpak..but the thought that counts. Pas tu nak sambung jalan2, lalu depan umah Jaja's beloved uncle...siap suruh shasha tangkap gambar..nk send kat Jaja..ahaks..

    Balik hotel, Danish's another swimming episode..sampai kul 11.15 jer. Pas tu naik siap2 utk pegi kenduri.
Sampai di tmpt kenduri..as expected, lauk kari daging dia...PERGH!!! Sedap gilos!! Air nyira..lagi la SEDAP!! Mama broke all her diet rules and belasah the food! After kenduri, ada lagi sati mission...nak jumpa Shasha nyer very dear fren, Ezah! Nak jumpa kat mana ek? Tempat paling senang..Menara Alor Setar. so we went there and jumpa la budak Ezah tu. Hugged her and kissed her..missed her so..Papa bought tickets to go up the tower..so we did.

    Lepas tu ingat nak terus push off ke SP...tp si Toain sibuk suruh pi umah dia jugak2. Tak nak menghampakan Toain, kami pun pi la umah dia...disitu kami di jamu Pulut Udang dan Tepung Bungkus panas!!! PERGH!! Sedap nyer!! One taste i won't forget! Toain!! Nak kueh tu lagi ble?!! Lepas kekenyangan buat kali yg keberapa ntah..kami pun bertolak ke SP....

   Again kerana tak nak menghampakan orang, kami singgah plak kat umah Dasri. Lepas solat makan lagi. Kali ni makan Laksa Teluk Kecai yg famous tuu!! THE BEST LAKSA I HAVE EVER TASTED!!! serious, sedap ya amat! Lepas makan laksa yg sedap itu, lepas freshenup, lepas solat..kami pun bertolak balik ke KL.
Selamat sampai ke KL jam 1.15 am!!

   The unplanned, short trip turned out to be a very enjoyable and memorable trip ever! What a start 2010!!!
Hopfully there will be many more happy and interesting trips like this for us to enjoy and treasure in the whole of 2010 and many years ahead!!!


Spunky Sally

2009 Seimbas Lalu

Banyak yang berlaku dalam tahun 2009 ni..suka dan duka, semua ada.

Januari

Urusan Danish ke sekolah, the rest biasa2 jer bertugas di BPS.
Mandi sungai kat Sg Sendat, Ulu Yam

Februari

Terkejut dan sedih - dapat pekeliling pertukaran - lapur ke IKM KL (Buat rayuan tak nak pindah...hampeh)
BAKAT - perjumpaan dgn isteri PM - Datin Seri Jean
Danish mula buat perangai tak nak ke sekolah...tension!! Alasannya..tak best mcm Smart Reader dulu. Hadoi yai...Hari2 semua akan tension dgn Danish.

Mac

23/3/09 secara oficial nya melapor di IKM KL sebagai Ketua Jabatan Pengajian Am. Rasa hati amat berat sekali tapi dah arahan naik pangkat...tak dapek nak di tolong lai. Jadi den poi jo laaa...
Danish masih bermasalah tak nak ke sekolah..bila di siasat ole cikgunya..rupa2nya ada budak pompuan sgt suka kat Danish, somehow she made him feel intimidated..pas tu cikgu dia settlekan. TQ cikgu..now Danish dah ok :)!!

April

Still adjusting to the new designation..new environment,new frens, new responsibilities..no problem adjusting with humans, as I always fit in easily with anyone, anywhere. The totally new system(IKM) took me a
while to adapt with.

May

Quite busy at work place with the Team Pemantauan Anugerah Kualiti and all but everything went well.

June

Was called upon BPL(K) to write and edit IKM certificate and diploma modules. Enjoyed doing it..as always..me and modules are synonyms.

July

Nothing much..as usual at work..cuma start to kemas2 personal things sbb nak pasang partician/work station kat bilik nih..Habuk..habuk...
Shasha start kreja

August

Bulan penuh dgn penyakit!! IKM KL di tutup seminggu due to H1N1 (3- 7 Ogos 2009). A week after that I was sick , down with flue and sore throat and so were the rest of us at work.
Shida abis practical


September

Bulan posa! Setiap hari berbuka satu famili including F, Yan dan Fira.
Dalam bulan posa ni la adik ku di duga dgn dugaan yg sgt hebat! Allah saja yang mengetahui betapa merana dan sedihnya adik ku pd waktu itu...subhanallah! Mujur dugaan ini tak berlarutan lama...

Semasa raya di Koyan,

First raya memang Is tak ada..dia balik kemudian sket. Bila Issampai..seronok tgk mrk spent each moment together...kamiberamai-ramai pergi ke Kuala Medang, tangkap gambar Is di Homestay Kuala Medang..the next day semua pergi berkelah kat Lata Lembik..seronok tgk Is, Jaja, Iman and Sofi dan famili members yg lain mandisungai..malam sibul main bunga api..Is dan abang as usual mmg beli
bunga api byk giler...dorang main lg hebat dr bebudak tuh..

Birthday Shasha di Naili's




 Shasha dapat kretanya yg baru!!

Oktober

Busy at work preparing for Graduasi IKM KL



Bersukaria di Genting Highlands





November


Graduasi Alin
Alin SPM
Sekolah cuti!!

Disember


Hari Keliarga PULNORd



                                                             Our family gathering- byk kali..



There are still many more happenings which need not to be mentioned here. Tahun 2009 adalah tahun yg byk mengajar dan menyedarkan fr me. All of them hv turned me into a wiser and more religious person. Will try to avoid making the same mistakes..will improve on the existing qualities. Will try to plan a better and prosperous year starting tomorrow!!


Spunky Sally

Apa gunanya peraturan?

Apa gunanya ada peraturan
apabila peraturan diubah mengikut keperluan semasa?

Apa gunanya ada peraturan
apabila peraturan hanya memihak kepada pihak-pihak tertentu?

Apa gunanya ada peraturan
apabila peraturan hanya menyususahkan?

Apa gunanya ada peraturan
apabila orang tidak menghiraukannya?

Apa gunanya ada peraturan
apabila tidak ada penguatkuasaan?

Apa gunanya ada peraturan
apabila tiada tindakan keatasa yg melanggar peraturan?

Apa gunanya ada peraturan....??



Spunky Sally

Put On Your Thinking Cap

Sebelum bertindak atau membuat sesuatu keputusan...fikirkan semasak2nya..pros and cons..plus-minus-interesting, cause and effect. Guna pemikiran waras, jangan ikut kata perasaan dan kepentingan sendiri...kerana kalau ikut rasa..binasa, kalau ikut hati..mati. Tersilap perhitungan, tersilap percaturan...kesanya sangat meluas dan mendalam. Silapnya mungkin sebesar hama, tp akan timbul satu natijah after satu natijah..thingsbecome more complicated than u'd ever imagine..So, be in control of yourself...never be controlled by your desire!! (Ingatan pd diri sendiri dan rakan2 sumer)

KEBANYAKAN pelajar sekolah mula menagih dadah selepas terjebak dengan tabiat menghisap rokok


Apa la nak jadi dengan anak bangsa kita? Belajar tak tara mana...dah melibatkan diri dengan najis dadah. Macam ni ka bakal pemimpin kita yang akan datang? Eeee...menakutkan bila di fikir-fikir.

Sapa yang kita nak persalahkan disini? Parents? Guru? Senagai seorang ibu dan juga seorang guru, I strongly believe that this is the parents' absolute responsible. Anak kita, tentunya kita yang lahirkan dan besarkan..kita sudah semestinya inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. So..jangan harapkan orang lain untuk mendidik, menanam sifat-sifat dan nilai-nilai yang murni kedalam anak2 kita. Perumpamaannya..macam kita tanam pokok, tak kan kita nak suruh jiran pulak yang siram dan bajakan pokok kita. Sendiri tanam..sendiri mau ingat. nak BELA anak memang senang...macam BELA haiwan ternakan jugak lah...siapkan tempat tinggal dan bagi makan hari-hari. Tapi dengan anak-anak kita, bukan cukup dengan hanya lahirkan dan BELA mereka hingga besar..tetapi kita sebagai parents perlu DIDIK supaya anak-anak ada pedoman dan nilai-nilai murni yang kita terapkan dari awal.

Ada juga yang sering menyalahkan pihak sekolah/guru. Memang tak patut!! Kita mula hantar anak kita ke sekolah waktu umur mereka 6 atau 7 tahun bukanya sejak lahir. Foundation atau asas yang kita beri pada anak-anak kita dalam tempoh 0 - 7 tahun tu...ada ka?...cukup ka? Tugas guru hanya memberi penekanan yang lebih kepada para pelajar. Sekiranya parents hanya pandai melahirkan zuriat tetapi nak mengharapkan guru untuk bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik.....memang akan terhasil lah umat-umat seperti dalam gambar itu!! Nauzulillah...jauhkan dari keturunan ku...

Yang best lagi tu, ada parents yang merokok, tapi melarang anak-anak merokok!! Ini definitely bukan KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN lansung!! Buat anak-anak ketawa kan kita lagi ada...dalam hati nanti mereka berkata "Dia merokok..tak bagi kita merokok kunun..PIRRRAH!!"
Kalau ini lah yang terjadi...memang tersepuk atas hidung sendiri la.

So, from the news today, 60% pelajar sekolah di Kelantan positif dadah. Mak ai..ramai tuuu!!
Mana kita nak dapat pemimpin yang berwibawa dan yang mempunyai nilai-nilai murni serta ciri-ciri KEISLAMAN yang sejati?

Renong-renongkan lah...adakah selama ini kita membela anak-anak kita atau kita mendidik anak-anak kita? Wallualam...

Cikgu Salina
Yesterday..
I was really shocked to learn that our buddy, during college, Shah,
passed away due to heart attack. It made me realize that life is so
fragile and death can do us apart anytime.

This tells me that I must spend the time given to us through the
best way I can. Enjoy life with the ones I luv don't take them
for granted. Appreciate what I have, be empathetic...feel for others.
This will make me a more sensitive and a better person.
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates